Toll free numbers: 1-800-882-528
Toll free numbers: 1-800-882-528

Akaun – Akaun peribadi khas dibuka dengan syarikat oleh pelanggan.Akaun ini digunakan untuk mengimbangi kewajiban para pelanggan dan pengedar,akibat daripada urusniaga yang termasuk didalam perjanjian semasa.

Sejarah akaun – senarai penuh pada transaksi lengkap dan operasi bukan dagangan pada akaun dagangan yang tertentu.  

Mata wang perakaunan – unit matawang dimana operasi pengeluaran/pendepositan dilakukan.

Adviser- adalah akaun dagangan kawalan algoritma dalam bentuk program yang dibangunkan dalam MetaQuote Language yang menghantar permintaan dan pesanan kepada pelayan melalui terminal pelanggan (platform).

Baki  – hasil kewangan secara keseluruhan pada semua transaksi dilaksanakan secara penuh dan deposit/pengeluaran ke/daripada akaun.

Matawang base – adalah unit matawang dimana akaun,baki,bayaran komisyen dan pembayaran di calonkan dan dikira.  

Broker  – adalah firma yang menyediakan perkhidmatan kredit dan sokongan pedagang.  

Bull market – adalah pasaran yang cenderung ke arah kadar kenaikkan

Bulls  – adalah pedagang yang mengira kadar kenaikkan matawang.

Pelanggan  – adalah fizikal atau pihak yang sah dalam melaksanakan operasi didalam syarikat.

Client log file – adalah fail yang dihasilkan oleh terminal pelanggan, yang merekodkan semua permintaan dan pesanan yang dihantar daripada pelanggan kepada pengedar dalam ketepatan satu saat.

Client terminal – adalah produk perisian MetaTrader 4 atau 5 yang membolehkan pelanggan untuk mendapatkan maklumat dagangan pasaran kewangan dalam mod waktu sebenar (jumlah ditentukan oleh syarikat), melaksanakan analisis teknikal pada pasaran, operasi , penetapan/perubahan/pembatalan pesanan dan penerimaan mesej daripada pengedar dan juga syarikat.

Penutupan transaksi  – terdiri daripada dua operasi dagangan yang berbeza pada jumlah yang sama (posisi buka dan tutup) : belian diikuti oleh jualan atau jualan diikuti oleh belian.

Spesifikasi kontrak  – adalah keadaan dagangan am (seperti spread,saiz lot, jumlah operasi dagangan yang minimum, kenaikkan jumlah operasi dagangan, margin awal, lock margin dan sebagainya .) untuk setiap instrumen.

Pasangan Matawang – adalah dua matawang yang membentuk kadar tukaran asing, seperti contoh, EUR/USD.  

Urusniaga  – dagangan matawang bukan wang.

Pusat Urusniaga  – adalah syarikat yang menyediakan akses kepada pasaran kewangan.  

Pembangun  – "MetaQuotes Software Corp." adalah pembangun platform dagangan.

Ekuti  – adalah bahagian keselamatan pada akaun pelangan,termasuk posisi yang dibuka, yang terikat kepada Baki dan Kadar Apungan (untung/rugi) dengan formula berikut: Baki + Apungan + Swap, iaitu dana pada akaun pelanggan ditolak kerugian semasa pada posisi yang dibuka, ditambah dengan keuntungan semasa pada posisi yang dibuka.

Angka  – perubahan harga untuk 100 pip.Sebagai contoh, perubahan harga EUR/USD daripada 1.3770 kepada 1.3870 ini bermakna kenaikkan angka.

Keadaan terpaksa yang utama – dalah keadaan dimana berlaku sesuatu tidak dapat dilihat atau pun dihalang.Ini termasuk: bencana alam,perang; tindakkan pengganas; tindakan keajaan,tindakan eksekutif dan pihak berkuasa undang-undang kerajaan,serangan penggodam dan tindakkan yang menyalahi undang-undang terhadap pelayan.

Free margin – menentukan keadaan akaun.Ianya dikira menurut kepada formula berikut; Ekuti - Margin = Free margin.

Hedging  – adalah operasi yang melindungi aset atau liabiliti terhadap turun naik dalam kadar tukaran asing.

Margin Awal  - perlindungan tunai yang diperlukan oleh syarikat untuk penyelengaraan posisi buka.

Dagangan urusniaga harian – adalah dagangan yang berorientasikan untuk mendapatkan keuntungan dalam satu hari.  

Saiz Lot вЂ" adalah kuantiti matawang base dalam satu lot, yang ditentukan dalam kontrak.

Margin  – adalah ekuiti yang diperlukan dimana pelabur perlu melakukan pendepositan untuk mendapatkan posisi bersamaan kepada 1% (apabila leverage = 1:100) pada pendepositan posisi buka.

Tahap Margin – menentukan keadaan akaun.Dikira menurut kepada formula berikut : (Ekuiti / Margin) * 100%.  

Margin Dagangan – adalah penggunaan pinjaman wang untuk membeli sekuriti dengan jangkaan kenaikkan keuntungan.Dagangan margin boleh membawa pulangan yang besar, tetapi ianya juga berisiko.

Pembukaan pasaran – adalah sambungan semula selepas hujung minggu, cuti atau selepas jarak diantara sesi dagangan.

Pembukaan pasaran jarak hargaadalah samada pada situasi berikut:

  1. Pembukaan pasaran dimana harga Beli adalah lebih besar daripada harga JUAL pada penutupan pasaran.
  2.  
  3. Pembukaan pasaran dimana harga Jual adalah kurang daripada harga BELI penutupan pasaran. 

Market-makers – adalah bank utama dan firma kewangan yang berikrar untuk menyediakan kemudahan tunai dengan menerima arah dagangan lain dalam bentuk matawang, sekuriti atau kontrak masa hadapan.

Operasi bukan dagangan – adalah pendepositan atau pengeluaran dana daripada akaun dagangan, atau pemberian kredit.

Keadaan pasaran normal– adalah keadaan dimana pasaran memenuhi perkara berikut:

  1. Ketiadaan penembusan yang jelas dalam hubungan kepada harga platform dagangan;
  2. Ketiadaan gesaan harga dinamik;
  3. ketiadaan pada jurang harga yang ketara.

Kesilapan jelas – pelanggan membuka/menutup posisi atau pelaksanaan pesanan pelanggan pada harga yang jauh berbeza daripada harga yang diniagakan oleh setiap instrumen dalam aliran harga pada waktu pemprosesan.Atau beberapa aktiviti peniaga lain atau ketidak aktifan yang berurusan dengan penentuan yang salah pada harga pasaran ketika ini.

Posisi buka – adalah hasil pada bahagian pertama pada transaksi yang lengkap; pada pembukaan posisi, pelanggan menerima semua liabiliti tersebut:

  1. untuk melaksanakan operasi sebaliknya pada jumlah yang sama;
  2. untuk mengekalkan ekuti tidak kurang daripada 10% pada margin yang diperlukan.

Pending order – adalah pelanggan mengarah peniaga untuk beli atau jual sebaik sahaja harga mencecah tahap pesanan.

Pips (points) – adalah unit terkecil pada harga untuk sebarang matawang asing, juga disebut sebagai point.

Harga sebelum kepada bukan harga pasaran – adalah penutupan harga pada bar minit, sebelum bar minit tanda harga bukan pasaran.

 Jurang harga – adalah samada pada situasi berikut:

  1. Harga Beli semasa adalah lebih besar daripada harga Jual;
  2. Harga jual semasa adalah kurang daripada harga Beli. 

Quote flow Urutan aliran harga pada data nombor menerangkan nilai harga pada instrumen pada tempoh waktu tertentu. 

Kadar  – adalah jarak diantara tahap sokongan dan tahap rintangan. 

Tahap Rintangan  – adalah sempadan garisan saluran yang tertinggi.

Aliran kenaikkan  - berlaku, apabila setiap nilai berikut pada lekukkan gelombang adalah lebih tinggi daripada nilai kadar yang sebelumnya.Tahap rendah pada gelombang adalah bersambung dengan garisan lurus, garisan aliran.

Log fail pelayan – adalah fail yang dihasilkan oleh pelayan, yang merekodkan semua permintaan dan pesanan yang diterima daripada pelanggan oleh peniaga, juga sebagai hasil pemprosesan dengan ketepatan 1 saat.

Spike – adalah pergerakkan harga menaik atau menurun atau tahap nilai (kebiasaanya melebihi spread).Spike mempunyai keanehan yang berulang dalam tempoh tertentu, daripada beberapa minit kepada beberapa jam.Menurut kepada Perjanjian Tawaran Awam InstaForex,semua posisi dibuka dan ditutup oleh harga bukan pasaran adalah terbatal yang menjamin keselamatan pada dana terhadap spike.

Spread – adalah beza pip diantara harga Beli dan Jual. 

Tahap Sokongan – adalah saluan terendah garisan sempadan.

Swap – adalah jumlah pada wang yang ditolak atau ditambah kepada akaun pelanggan untuk posisi semalaman.

Ticker – adalah nombor pengenalan unik diberikan kepada setiap posisi atau pending order dalam platform dagangan.

Jumlah operasi dagangan  – adalah bilangan pada lot didarab dengan saiz lot. 

Pedagang  – adalah individu, yang mendagangkan matawang pada pasaran Forex dalam usaha untuk mendapatkan keuntungan. 

Akaun Dagangan – adalah saham peribadi yang unik-pengambilan operasi didaftarkan pada platform dagangan, dimana transaksi penutupan yang lengkap, posisi buka, operasi bukan pasaran dan pesanan ditunjukkan.

Operasi Dagangan – adalah tindakkan pada belian atau jualan sebarang instrumen yang dilakukan oleh pelanggan.

Platform Dagangan – adalah perisian dan kemudahan teknikal yang menyediakan penghantaran pada maklumat dagangan kewangan dalam mod masa nyata, pelaksanaan pada operasi dagangan dengan akaun pada kewajiban bersama diantara pelanggan dan peniaga, dan kawalan pada keadaan dan sekatan.Bagi tujuan peraturan semasa, ianya terdiri pada“Pelanggan” dan “Terminal Pelanggan”.

Transaksi – adalah operasi dagangan dimana sumber kewangan bergerak daripada base matawang ke dalam harga matawang dan sebaliknya. 

Aliran  – adalah arah am semasa pada pergerakkan harga.

Garisan Aliran – adalah garisan lurus dengan cerun positif, ditandakan pada graf melalui titik rendah apabila kecenderungan adalah meningkat dan dengan cerun negatif, dilakarkan pada titik tertinggi apabila kecenderungan adalah menurun; garisan tersebut menentukan aliran semasa; jurang garisan aliran selalunya menunjukkan kecenderungan perubahan.

Dolar AS Diniagakan Lemah Berbanding Mata Wang Utama Lain...

Dolar Amerika Syarikat (AS) diniagakan lemah berbanding pesaing utama yang lain dalam urus niaga pra-Eropah pada Selasa. Dolar AS susut daripada...

Baca lebih lanjut
Euro Diniagakan Sedikit Berubah Berikutan Laporan PPI Jerman...

Destatis telah mengeluarkan laporan ekonomi mengenai harga pengeluar Jerman bagi bulan Mei pada sesi dagangan pra-Eropah pada Selasa 02:00...

Baca lebih lanjut
Euro Diniagakan Bercampur-campur Menjelang Laporan PPI Jerman...

Destatis dijadualkan akan mengeluarkan laporan mengenai harga pengeluar Jerman bagi bulan Mei pada sesi dagangan pra-Eropah pada Selasa, 02:00 ET....

Baca lebih lanjut